Tuesday, February 22, 2011

bersabarlah, demi dakwah ini...

0 comments
"Seorang muslim apabila dalam pergaulan dia disakiti lalu dia sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh manusia, lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan dia tidak sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh mereka.”

(Riwayat Imam Tarmizi)

Sunday, January 9, 2011

Mana bi'ah solehah dalam hatimu, dalam jiwamu?????

0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

 Seorang akh bertanya kepadaku:

"Ana rasa lemah la akhi. Lemah dengan suasana sekarang ni. Ikhwah-ikhwah lain semuanya tak bersemangat dan kadang-kadang tak membantu langsung pun.
Tak tahan ana melihat ikhwah yang bergerak perlahan, yang bermain-main, yang tidur semasa usrah...."

bla2 etc. and the list goes on and on and on ......

Saya bertanya kembali:

Habis nta nak buat ape sekarang? 


Akh tadi menjawab:
Ntah la. Rasa macam nak lari pun ada. Baik cari orang lain yang bersemangat dan bersungguh-sungguh dalam dakwah. Malas nak kawan dengan orang yang kurang serius ni. Nak join group lain lah yang lagi bersemangat.

Saya diam buat beberapa ketika, sedang cuba mengimbangi keadaannya dan juga keadaan orang lain, mengimbangi antara teori dan juga realiti.

"Shrouded by the dark cloud he is. A very strong dark side, he is influenced" bak kata Mahaguru Yoda. 

Mungkin adik-adik ini semuanya power-power dan qowiy jiddan macam Luke Skywalker tapi saya jauh sekali nak dibandingkan dengan Master Yoda tu... huhu

Anyway, beberapa hari saya cuba selami perasaan dan hati-hati mereka dan lebih banyak memantau, memerhati daripada berkata-kata. 

Dapat kita singkapi satu-persatu ayat-ayat kekasih sejati kita yang selama ini cuba berbicara dengan kita tapi kita yang tidak pernah cuba menghayati apatah lagi memahami.

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.(3:139)

Ingin saya tekankan, konteks biah solehah dan motivasi diri yang cuba dibawa kali ini adalah untuk seorang akh/ukht yang sedang ditakwin, telah ditakwin, dan juga sedang mentakwin orang lain. Bukannya adik-adik yang baru ikut halaqoh tu ye.

Ramai yang kecundang di tengah jalan kerana permulaan yang silap!!

Apa yang biasa kita buat di permulaan setiap perlakuan dan perbuatan kita? Niat! Sudah pasti! Mana mungkin kita melakukan sesuatu tanpa ada terlintas atau terdetik di hati kita keinginan biarpun sekelumit untuk melakukan perkara tersebut.

Maka ingin saya bertanya kepada semua, apakah niat kita mengikuti tarbiyah?

Murobbi/murobbiah yang best?
Ikhwah/akhawat yang supportive, selalu tolong dan bagi makan?
Selalu dapat duit dan dapat pinjam kereta pakcik makcik untuk pergi program?
Pengisian yang selalu memang power dan sangat-sangat ruhiy?

Faman kaanat hijrotuhu lidunya yushibuha awimro-atin ayyankihuha, fahijrotuhu ila maa haajaro ilaih.

Kita nak define biah solehah ni dengan suasana yang supportive ke? Macam gambar di bawah ni ye? Semangatnya adik ni ha kerana orang-orang di sekitarnya semua bersemangat... ini ke objektif mustawa yang sepatutnya akh/ukht berkenaan lalui? 


Kalau itulah sebab kita mengikuti tarbiyah, maka masih belum terlambatlah untuk kita betulkan balik dan perbaharui balik niat kita. Sumber motivasi utama dan yang satu, tunggal hanyalah Allah. Bukannya biah, bukannya ikhwah/akhawat yang bersemangat, bukannya murobbi/murobbiah yang power.

Hatta dalam Risalah Hal Nahnu Qoumun 'Amaliyun dalam Majmu'ah Rosail Imam Hassan Al Banna, dikatakan dengan tegas kita masih belum tergolong dalam kategori 'amaliyun yakni beramal jika kita hanya tahu complain dan komen tapi tak pernah berusaha bersungguh-sungguh (baca: jiddiyah) dan mengorbankan kepentingan diri (baca: tadhiyah) dalam membaiki suasana dan mewujudkan suasana.

Agak-agaknya lah kan, kalaulah Rasulullah berperangai macam kita ni masa zaman awal-awal dakwah dulu dan boleh berkata sedemikian:

Ana rasa lemah la nak meneruskan dakwah ni, pakcik-pakcik semuanya selalu menyiksa pengikutku dan juga mencemuh diriku, sahabat-sahabat yang ada semua tak mampu buat apa-apa, kita pun takde apa...

Dan apa pulalah yang terjadi tatkala Mus'ab Umayr mengeluh macam kita juga:

Ana rasa ana nak pindah la. Tak tahan ana dengan bi'ah di Madinah ni. Dah la kena dakwah sorang-sorang je. Ikhwah-ikhwah lain di Mekah langsung tak support dan macam tak ambil peduli hal ana je.

Apatah lagi pula apabila si Khalid al Walid juga mengeluh macam kita dalam perang Mu'tah:

Ish, tak tahan ana tengok si A, si B, si C, semuanya buat malu company je. Pegang panji pastu kena bunuh. Semua takleh harap. Malaslah ana camni. Baik ana join puak-puak yang lagi power dari join puak-puak yang lemah takleh harap camni.

Jika benar sekalipun tidak wujud bi'ah solehah di tempatmu itu, adakah tidak wujud juga bi'ah solehah dalam hatimu, dalam jiwamu????? Ke mana perginya tarbiyah dzatiyahmu????? Dan apa hasilnya pula sehingga sanggup kau berfikir sedemikian??? Maa lakum kaifa tahkumuun!!

Sebab itu niat asal kita sangat perlu dijaga dan ditajdidkan selalu. Mana mungkin orang yang menjadikan Allah sebagai ghoyahnya, Rasul sebagai qudwahnya, AL Quran sebagai dusturnya dan jihad sebagai jalannya.. tapi mudah sekali kecewa dan mengalah hanya semata-mata kerana bi'ah dan suasana sekeliling yang tidak membantu??? Di manakah as sidqu kita dalam dakwah ilallah ini?

Ayuh teruskan derap langkah kita. Jangan mengalah dengan suasana. Jika kita lihat ikhwah/akhawat yang lemah, kita hulurkan tangan kita dan pimpin mereka untuk membantu mereka berlari bersama-sama kita, bukannya pancung mereka sebab dah rasa mereka ni tak guna. Saya dapat melihat bibit-bibit kebangkitan ummah, terutama di Batu Pahat ini secara khusus. Adakah anda dapat melihatnya juga? atau masih dimomok perasaan, mainan syaitan, soal bi'ah etc. yang tidak berkesudahan?


Fahamilah konsep basyariatudda'wah. Betapa semua du'at adalah manusia. Yang ada kekuatan dan kelemahan. Itulah fungsi tarbiyah. Yang menekankan konsep ar-Ri'ayah (baca: pemeliharaan). Apa makna ukhuwwah kalau kita sendiri tidak berusaha untuk melaksanakan tuntutan ukhuwah itu kepada orang lain TANPA mengira orang lain akan menjalankan tuntutan yang sama terhadap kita atau tidak. Bukankah itu tanda keikhlasan yang sejati, yang seorang akh/ukht hanya berharap dan bergantung pada Allah semata-mata???


Satu tulisan yang merupakan muhasabah besar buat diriku terutamanya. Tidak berniat ingin mengata kepada sesiapa, sekadar menegur diri sendiri yang masih lemah dalam meneruskan langkah di medan dakwah.

Tuesday, December 14, 2010

fasa kelemahan jiwa

0 comments
Aminah bergumam halus. Sesuatu perlu dilakukan segera. Penawar mesti dimakan dan ditelan. Dia sudah cuba merawati diri sendiri namun penyakitnya kini makin memburuk. Radar hati hampir sahaja turun ke paras sifar. Jiwanya sudah kering yang teramat. Aminah sudah berusaha untuk menolak dan terus memaksa dirinya bergerak dan bergerak lagi, dan kini hambatan jiwanya yang galau telah menghenyakkannya kembali berteleku.
Aminah rasa ada yang tidak kena dengan fitrah. Dia tahu ibadat sehariannya juga sudah tiada peningkatan. Samada dari segi kuantiti mahupun kualiti. Sangat sukar untuk beroleh khusyuk dan kenikmatan. Apatah lagi mahu mengulangi dan melipatgandakan ibadah yang tiada jiwa. Ada masalah dalam hubungannya dengan Rabbnya Allah SWT, maka itu telah mempengaruhi juga kesihatan hatinya.
Aminah ingin meraung. Dia ingin mengecapi kembali kemanisan sujud dan meratap kepada Allah SWT. Kemanisan beruzlah dan merasai seolah-olah di dalam hatinya ada taman yang bergemerlapan dengan zikrullah. Keriangan berdakwah dan mengalirkan hembusan tarbiyah yang keluar terus dari jiwa yang segar. Bukan seperti sekarang. Tidak ubah seperti robot. Atau burung kakaktua yang menghiburkan hati para peminat suara dan percakapannya tanpa ia sendiri memahami dan menjiwai apa yang dipertuturkan. Aminah tidak sanggup berlakon dan menipu dirinya sendiri, malah menipu adik-adik yang merindui taujihatnya. Jika dia rasa dia tidak layak untuk bercakap, maka dia akan diam dan itulah yang dilakukannya sekarang, yang mungkin makin menyusahkan dirinya sendiri kerana dia makin suka diam dan menjadi seorang pemendam.
Masalah. Memang masalah. Sudah banyak rancangan yang diaturkannya. Cuma kini Aminah betul-betul rasa sudah tidak bertenaga dan lesu untuk menggerakkannya. Dia sudah cuba memaksa dirinya sendiri sebelum ini dan menghalang dirinya daripada mengambil rukhsah atau memberi keuzuran kepada dirinya yang memang uzur. Dia juga tahu bahawa Allah SWT amat benci kepada segolongan orang yang beriman yang tidak melaksanakan apa yang telah dia perkatakan. Dia juga benci untuk dihinggapi sifat-sifat nifaq!  Aminah sudah tidak mampu untuk meneruskan kepura-puraan ini. Dia tahu dia berpenyakit. Dan dia tidak mahu penyakit itu berjangkit kepada akhawat lain yang disayanginya dan sangat diharap-harapkannya. Dia tidak mahu ibadat tanpa roh, kerja dakwah tanpa hati, taujihat dan tarbiyah tanpa resapan, menular menjadi budaya yang membarah di kalangan afrad lain pula. Lalu dia menjadi makin diam. Namun adakah masalah akan selesai dengan cara yang sebegini?
Aminah sekarang mahu marahkan dirinya sendiri. Bukankah dia sudah membuat perancangan dan berazam untuk nekad melaksanakannya? Kenapa dia kini menjadi tunduk kepada keadaan dan meninggalkan tekad serta keberanian zaman mudanya di belakang? Adakah dia sudah penat bermain dengan risiko dan ketidakpastian? Bagaimana dia mampu memajukan dirinya jika begini?
Aminah sedang dikuasai oleh kelemahan jiwanya. Dia sedang diuji sebagaimana sahabat-sahabat yang lebih kuat keimanannya dan lebih mantap tarbiyahnya serta lebih hebat murabbinya juga diuji di setiap masa. Aminah telah menelusuri babak-babak pengkisahan beberapa fasa kelemahan jiwa para sahabat di sepanjang rantaian surah-surah dalam juzuk 28. Bagaimana Allah SWT mendidik dan membantu satu masyarakat islam yang baru tertegak secara sempurna itu untuk mengatasi kelemahan jiwa mereka, bahkan mengangkat jiwa mereka ke tahap yang lebih mulia.
Insya Allah. Aminah memohon kepada Allah SWT supaya menjernihkan kembali  dan memuliakan kembali jiwanya sebagaimana para sahabat r.a. telah berjaya melepasi fasa genting mereka sendiri. Amin!

 

Al-muqarrabeen Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template