Friday, December 4, 2009

DIMANA KITA???

0 comments


Ada orang..


dulu hidup penuh jahiliyyah, bila tersedar terus ligat sana sini ingin berdakwah.


bukan apa, bukti syukur dan sayang ummat.

Ada orang..


sayang dakwah tapi masih cintakan jahiliyyah


bukan apa, kene tadarruj


tapi mujur amal dakwi masih meneguhkan dia disini.

Ada orang..


sedap memberi ceramah


liqa’nya menarik dan menolak


bukan apa, banyak ilmu ditimba dan luas pengalaman di medan


tapi sayang, ghurur dan ujub menguasai diri,


takut-takut nanti tergelincir di tengah jalan.

Ada orang..


di mana dauroh di situ mukanya


di mana mukhayyam di situl dia


di mana mabit disitu tidurnya


kemana sahaja pasti ada dia


tidak perlukan dia pun masih ada dia


bukan apa, sayang sangat pada tarbiyyah


tapi sayang di medan longlai dan lesu


ke sana kemari hanya kerana suka


juga kerana semangat berpersatuan.

Ada orang..


dulu ligat


kereta hijau di belasah sekuat mungkin


bilik-bilik kosong digegarkan dengan liqo’


surau-surau menjadi saksi pertemuan kasih


tapi sayang


segalanya hanya sejarah


tapi mengapa?

Ada orang..

Ada orang..

Ada orang..

Jangan lupa kita juga orang..


Jangan lupa hidayah bukan milik orang..


Tentunya Allahlah yang memilih orang..


ADAKAH KITA LAYAK????

Untuk dipilih dan terus dipilih.

Satu langkah ke arah mungkar, akan ditambah beberapa langkah lagi.


Bila berpaling ke belakang sudah jauh berjalan rupanya.


Tapi tika dan saat itu, takut sudah letih berjalan untuk berpatah balik.


Jadi AWASI syaiton sekeliling!


Gigit kuat-kuat hidayah ini..

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ الَّذِي آتَيْنَاهُ آيَاتِنَا فَانسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ الشَّيْطَانُ فَكَانَ مِنَ الْغَاوِينَ
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.


(7:175)

Andai kau buka pakaian tarbiyyah ini


Syaiton menerkam memeluk kau erat!


Siapa rugi?
إِلَّا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


(9:39)

Tak pa


pergilah jauh-jauh


seandainya hidup dunia itu ko pilih


pastinya dakwah ini ada penggantinya.


Jika buka kita


Orang lain..



"Ya (Allah) Yang Maha Merubah hati, Tetapkanlah hati kami dalam ketaatan terhadap-Mu"

Wednesday, December 2, 2009

Muhasabah Di Perjalanan Da'wah

0 comments
Bismillahirrah manirrahim .....

Da'wah itu indah. Tidak mungkin orang yang terjun di dalamnya tidak menikmatinya.

Da'wah itu manis, tidak menyakitkan dan tidak ada keletihan di dalamnya dan da'wah itu membuatkan hidup kita bermakna.

Kita patut bersyukur kerana Allah swt sentiasa menyelamatkan dan menjaga kita sehingga ke saat ini kita masih berada di sini iaitu di jalan da'wah ini.

Jika kita tidak diperkenalkan, dituntun dan dibimbing olehNya, tentulah hati kita tidak akan terbuka saat kita melihat dan menyaksikan contoh tauladan dari para perintis jalan ini yang :

1. Pancaran keimanannya membuatkan kita terpesona.


2. Kekuatannya mengalahkan kezaliman.


3. Kelembutannya menghancurluluhkan kesombongan.


4. Kata-katanya yang lurus menghunjamkan keyakinan.


5. Peluhnya tidak disedari mengalir deras dari anggota tubuhnya.


6. Senyuman dan kelembutan tidak pernah lepas dari wajah-wajahnya.


7. Keteladanan yang membimbing sehingga kita akhirnya beriltizam bahwa tidak mungkin kita hidup kecuali untuk mengabdi kepada Allah swt.

Jalan da'wah ini panjang dan kita memahaminya. Kemenangan itu hanya milik Allah swt dan ini adalah keyakinan yang membuatkan kita semakin bahagia setiap saatnya.

Kadang-kadang jiwa raga ini begitu manja, malas dan berat untuk berangkat :

1. Padahal kita menuju telaga-telaga yang penuh kedamaian yang setiap pertemuannya dinaungi oleh sayap-sayap malaikat.


2. Padahal setiap langkah, kata-kata, contoh perbuatan bahkan getaran hati kita kerana mengingati dan menyebut namaNya mendapat balasan kebaikan.

Maka, kenikmatan mana lagi yang lebih indah?

Janji-janji yang tidak mungkin dimungkiri, yang kerap kita baca ketika menekuni kalimat-kalimatNya yang sempurna, begitu indah, besar, dan tidak terbayangkan sehingga kita merenung ;

Layakkah kita yang tidak sampai sebesar atompun dibandingkan dengan hamparan alam semesta luas tanpa jangkauan ini menerima keindahan syurgaNya?

Maka nyatalah kezaliman dan kejahilan manusia yang menyatakan sanggup memikul amanah kepimpinan dunia, amanah yang ditolak untuk dipikul oleh gunung-gunang yang menjulang tinggi.

Ketika ini kita menyedari kebodohan kita. Ketika ini kita memanjatkan penyesalan kita bahwa setelah puluhan tahun yang kita telah jalani, berapa peratus pula habis oleh kesia-siaan yang penuh kerugian, yang mengurangkan tabungan amalan kita yang sedikit sekali itu.

Dari yang sedikit itu, berapa peratuskah yang ikhlas?

Dari yang amat sedikit itu, berapa peratuskah yang mungkin telah diridhaiNya?

Ataupun mungkin boleh jadi kosong atau sifar secara mutlak?

Atau boleh jadi belum ada satupun perbuatan kita yang diridhai olehNya?

Kita takut sekali jika terlempar keluar dari jalan ini.

Siapa kita jika tanpa da'wah?

Tanpa hidayahNya, kita hanyalah longgokan daging tanpa erti yang menjadi bebanan bagi bumi yang setiap hari kita berjalan di atas permukaannya.

Tanpa da'wah kita hanya sampah yang mengotori udara, mengeruhkan air dan merosakkan tanah.

Tanpa da'wah kita lebih rendah dari haiwan yang terburuk di dunia.

Keadaan kita amat rapuh, lemah dan tidak berdaya sekali.

Sungguh kita seringkali berkeluh kesah dan tidak bersyukur….

1. Padahal begitu indah nikmatNya yang kita nikmati setiap hari.


2. Padahal hembusan nafas kita ketika ini masih begitu mudah kita dapatkan tanpa apa-apa pembiayaan dari kita.


3. Padahal jantung ini masih berdegup, otak ini masih boleh berfikir dan hati ini masih diberi kelurusan.


4. Padahal mata ini masih boleh melihat danl telinga ini masih boleh mendengar.


5. Padahal hidung ini masih boleh mencium dan lidah ini masih boleh merasa.


6. Padahal Kerongkong ini masih boleh menelan.


7. Padahal kaki ini masih boleh menjejak dan tangan ini masih boleh menggenggam.


8. Padahal begitu banyak keuntungan yang kita nikmati.

Siapa kita jika tanpa Allah swt?

Siapa kita jika tanpa petunjukNya?

Kita telah dituntun untuk berada dalam keselamatan dan menikmati indahnya hidup, begitu pula kita telah ditunjukkanNya betapa bahayanya kesesatan dan telah diberi kemampuan untuk dapat membezakan keburukan.

Sungguh, siapakah kita jika kita tidak dijadikan seorang muslim olehNya?

Kita mampu merasai manisnya iman, kita telah mencapai keberuntungan ibadah, dan kita telah meneladani jalan petunjuk yang dicontohkan oleh para Nabi.

Lihatlah bagaimana kita sekarang ini telah diberi keuntungan yang besar dengan menjadi seorang muslim, bukan satu dari golongan yang dimurkai (Yahudi) dan juga bukan sebahagian dari golongan yang sesat (Nasrani).

Lihat pada masa lalu kita, betapa hinanya kita ketika itu, bila Allah swt tidak memberi petunjukNya kepada kita.

Kelembutan yang diberikanNya ke dalam hati-hati kita sungguh merupakan keuntungan terbesar yang amat kita syukuri, tanpanya kita hanya menjadi batu yang sentiasa melukai manusia lainnya.

Nikmat kebenaran yang dipeliharaNya untuk sentiasa berada di dalam hati kita sungguh tidak dapat kita balas dengan apapun kerana ianya begitu mahal nilainya sehingga umur hidup kita yang pendek ini tidak akan mampu kita lunaskan untukNya walaupun hanya separuhnya sahaja.

Betapa kita kurang bersyukur.

Betapa kita amat durhaka.

Betapa kita semua telah mendustaiNya tanpa sedar.

Lidah kita sentiasa menyatakan keridhaan untuk menjadikan hanya Ia sebagai Rabb kita dan menjadi seorang Muslim, padahal berapa peratuskah kita telah mengIslamkan perkataan kita, perbuatan kita, langkah kita dan kehidupan kita?

Adakah kita telah menjadi hambaNya?

Padahal kita begitu mudah tertipu, lalai dan senang sekali terpedaya.

Setiap kali kita mendekatiNya, Ia mendekati kita lebih jauh lagi. Ia yang memiliki semua kemulian mahu mendekatkan kepada kita yang begitu kecil dan hina ini, kita yang hanya menjadi hamba sahayaNya dan kita yang tidak bersih seratus peratus ini.

Ya Rabbi, tanpaMu nescaya kami akan tersesat.

Dengan kuasaNya kita diselamatkan dari onak duri kehidupan yang telah melukai dan membunuh keimanan ramai orang di sekitar kita.
Dengan kekuatanNya, kita berkali-kali diperkukuhkan lagi setelah banyak kali terjatuh.

Dengan kebesaranNya, kita menjadi kita seperti yang sekarang ini.

Dengan kuasaNya orang-orang mu'min itu dipertemukan dan disatukan dalam satu barisan yang mulia di mata manusia, yang ditakuti musuh, yang keberadaan kesatuannya menggetarkan hati musuh.

Mereka tidak tahu, bahwa Allah swtlah yang menguatkan kita, membuat kita merasa cukup, membuat kita tidak takut kepada mereka dan membuatkan kita tidak mampu mereka rayu dan tidak mampu mereka suap bahkan tidak mampu mereka takut-takuti.

Di kala panggilan jihad itu datang dan seruan berjuang itu sampai di telinga mereka, lalu dalam sekejap masa berhimpunlah barisan penegak itu yang bergerak menelusuri celah-celah sempit yang masih terbuka di tengah-tengah kongkongan kezaliman yang semakin menghimpit dengan mengharapkan semoga Allah menurunkan kehancuran kepada si zalim dengan tapak kaki kecil si mu'min.

Kini, masanya telah tiba...

Janganlah kita mundur walau sedikitpun. Berhimpunlah dalam barisan-barisan penyeru. Tapi janganlah ada di jalan-jalan ini, mereka yang masih belum yakin, bingung, bimbang, ragu atau takut.

Hanya ini yang dipinta :

1. Jangan dustakan Allah swt dan beribadahlah hanya kepadaNya.


2. Jangan khianati Nabi Muhammad saw serta ikutilah sunnahnya dan jangan jadikan kekagumanmu kepada manusia melebihi kekagumanmu kepada beliau.


3. Jangan durhaka pada kebenaran.


4. Janganlah mengambil petunjuk selain Al Qur'an dan Hadits.


5. Jangan mengerjakan larangan yang telah kita ketahui.


6. Jangan kita tidak melaksanakan petunjuk yang kita telah dapatkan.


7. Jangan kita abai untuk menunaikan hak anak yatim dan mengherdik mereka.


8. Jangan mengambil harta orang miskin.


9. Jangan berlaku zalim terhadap sesama manusia.


Namun :


1. Akan ada dari kita yang mungkin Allah akan cabut hidayahnya.


2. Akan ada dari kita yang mungkin akan terperdaya oleh Syaitan.


3. Akan ada dari kita yang akan tenggelam dalam hawa nafsu.


4. Akan ada dari kita yang hanya senang dengan duniawi.

Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kami sebagai orang yang menipu diri sendiri, jangan jadikan kami sebagai orang-orang yang rakus dengan dunia, jangan kau jadikan segala kenikmatan menjadi pemberat langkah kami untuk menuju jalanMu. Jadikan kami sebagai orang-orang yang kau selamatkan dari tipu daya dunia. Jauhkanlah kami dari kemalasan, kebakhilan, kesombongan, ujub, riya', sum'ah, ketakutan, kongkongan hutang dan finah manusia. Jadikan kami kuat di hadapan manusia, walau kami tahu lemahnya kami di hadapanMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Tuesday, December 1, 2009

SEPULUH WASIAT HAB

0 comments


Bacalah — Renungilah — Kemudian Terus Beramal

(1) Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.


(2) Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun. amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.


(3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul; kerana Bahasa Arab yang betul (itu, adalah satu-satunya syiar Islam).





(4 Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.


(5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.


(6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.


(7) Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.


(8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.


(9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan; kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.


(10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita; oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengguna masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah pelaksanaannya.



 

Al-muqarrabeen Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template