Tuesday, January 26, 2010

Jihad study

0 comments
Untuk apa anda study dan cemerlang ?
Supaya kita dapat grad dalam 1st class honours dan dapat placement dalam company besar dan dibayar dengan gaji besar. Dengan itu kita akan dapat beli kereta besar untuk bawa kita ke tempat kerja untuk dapat gaji supaya kita mampu beli rumah besar untuk dijadikan tempat istirahat kita untuk pergi kerja keesokan harinya dengan tujuan untuk dapat gaji supaya dapat diisi tangki minyak kereta besar tadi untuk pergi ke tempat kerja semula yang dengan bayaran itulah kita gunakan untuk mengisi perut kita supaya keesokannya kita bertenaga semula untuk pergi ke tempat kerja yang…..continue it on ur own.
Atau
Supaya kita dapat grad dalam 1st class honours dan mengelakkan fitnah terhadap dakwah kita justeru menimbulkan imej positif akan dakwah kita dimata masyarakat(thiqah). Dan dengan 1st class honour itu kita mampu memperoleh lebih banyak option untuk kerjaya kita yang akhirnya kita pilih kerana suasana kerja di company itulah yang terbaik untuk perkembangan dakwah kita.




Pemahaman berasaskan manhaj Rasulullah s.a.w


Seerah mengajar kita bahawa junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w digelar al-amin sejak dari zaman jahiliyyah lagi oleh seluruh masyarakat Quraisy Mekah dek kerana peribadi Rasulullah yang jujur dan tidak pernah menipu. Dunia juga menyaksikan bahawa dalam peristiwa di bukit safa pada tahun ke-4 kerasulan, seluruh kaum quraisy menjawab ‘kami percayaapabila ditanya Rasulullah s.a.wWahai kaumku sekalian! Bagaimana pendapat kamu apabila aku memberitahu kepada kamu bahawa di sebalik bukit ini terdapat pasukan berkuda yang akan menyerang kamu, percayakah kamu terhadap kata-kataku ini?
Begitulah tingginya ‘thiqah’ masyarakat arab mekah ketika itu pada Rasulullah s.a.w
Namun, bernilaikah kethiqahan itu untuk dakwah andai Rasulullah s.a.w tidak menyampaikan Islam itu secara lisan ? Tahukah masyrakat Arab ketika itu akan keindahan Islam andai rasulullah tidak memperjuangkannya ? Atau thiqah itu hanya Rasulullah s.a.w gunakan untuk beliau mendapat status social yang tinggi di kalangan bangsa Arab ketika itu dan mengumpul kekayaan dan kemewahan melaluinya ?
Nah, saya mahu bertanya, dimanakah nilainya 1st class honours anda sekiranya tidak anda perkudakan untuk kepentingan Islam (precisely dakwah) ?. Buang saja, bakar saja kertas nipis 1st class honours anda itu andai akhirnya’jihad study’ anda itu hanya digunakan untuk memuaskan nafsu dan keinginan peribadi anda di dunia yang sementara ini semata!.
Jadilah kamu lebihan dunia andai kamu tidak menyumbang sesuatu kepada- tabiin

Monday, January 25, 2010

Tradisi

0 comments
Pengurusan diri yang dimaksudkan dalam pandangan Islam adalah bagaimana memaksimakan quwwatul-khair (kekuatan kebaikan) dalam diri kita dan mematikan quwwatul-syar (kekuatan kejahatan), atau minima melumpuhkannya.

Oleh kerana itu, sejak awal, Islam membangun atau membuat sunnah-sunnah atau tradisi-tradisi yang boleh membantu orang secara umum untuk mengenal dirinya secara baik.
Sabda Rasulullah saw :

“Allah merahmati seseorang yang mengetahui kadar kemampuan dirinya.”

Kerana hal itu – mengetahui kemampuan diri – boleh membuat seseorang itu tawadhu, supaya dia tidak angkuh dan pada waktu yang sama boleh membantu dia memaksimumkan pertumbuhan dirinya dan juga mengetahui di mana posisi-posisi yang paling tepat untuk dia berperanan secara maksimum.
 


Sekarang bagaimana kita membangunkan konsep diri kita dalam pandangan Islam. Ada beberapa tradiri yang perlu kita biasakan.:

1)  tradiri I’tikaf. Umar bin Khattab ketika masa jahiliyah, setiap minggu melakukan I’tikaf di Masjidil-Haram. Itu di masa jahiliyahnya. Di masa Islam, Allah mensyariatkan I’tikaf sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Di antara para sahabat saat bernazar, yang selalu mereka lakukan adalah beri’tikaf.
Kenapa I’tikaf?
I’tikaf membantu kita membuat pemahaman diri yang sangat mendalam. I’tikaf itu sebenarnya mempunyai kemiripan dengan meditasi. Tetapi I’tikaf mempunyai keunggulan dalam hal nuansa spiritualnya, nuansa ubudiyahnya. Ketika seseorang beri’tikaf di masjid, dia bukan hanya melakukan meditasi untuk penemuan dirinya tetapi juga terbantu oleh suasana spiritual, oleh suasana ubudiyah, oleh suasana keimanan, tercerahkan.
Apa yang kita perolehi dari I’tikaf adalah ketenangan. Ketenangan itu adalah pintu – yang biasa disebut disebut dengan istilah – keterarahan. Jadi perasaan terarah, perasaan orientasi, perasaan mempunyai tujuan, bukan sekadar mengetahui tujuan kita, tetapi bagaimana memindahkan pengetahuan itu menjadi emosi.
Perasaan terarah, perasaan beroreintasi dan perasaan mempunyai tujuan adalah bahagian umum dari kesedaran internal yang paling kuat dalam diri seseorang. Jadi seseorang tidak lagi sekadar merumuskan tujuannya secara tertulis, tetapi dia sudah memindahkan tujuan itu menjadi kesedaran instink di dalam dirinya, kerana sudah menyatu dengan emosinya.

2)  kebiasaan berfikir, dan ini boleh dilakukan setiap saat.Kita melihat di dalam al-Quran, ayat yang menjelaskan tentang hal ini luar biasa banyaknya. Adat tafakkur ini membuat seorang Muslim itu berusaha untuk mempekerjakan aspek-aspek kekuatan intelektualnya lebih banyak sehingga terjadi dinamika internal di dalam dirinya yang kadang-kadang tidak terlihat di luar, tetapi dinamika itu sedemikian kuatnya menjadi kekuatan pendorong bagi dia untuk kerja lebih sepenuh tenaga.

3)  ketrampilan berbicara. Luqmanul-Hakim mengatakan :

“Diam adalah hikmah tetapi sangat sedikit orang melakukannya.”

Nah, kenapa diam itu menjadi penting?
Kerana dengan diam itu kita menghemat tenaga saraf yang kita miliki. Berbicara itu memerlukan tenaga saraf yang sama banyaknya dengan tenaga yang kita perlukan untuk bekerja berat.
Oleh kerana itu, kaedah yang mengatakan tentang bicara adalah sabda Rasulullah saw :

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir, hendaknya dia mengatakan yang baik atau diam.”

Sehingga setiap kata yang keluar dari kita itu produktif sifatnya, kerana ia menghasilkan pahala, kerana bicara itu sebenarnya adalah perbuatan. Oleh kerana itu, maka setiap kata yang kita ucapkan harus mempunyai nilai pahala.
Banyak orang yang berbicara tentang hal-hal yang sebenarnya tidak perlu dibicarakan, atau hal-hal yang belum saatnya untuk dibicarakan atau hal-hal yang sama sekali tidak lagi diperlukan untuk dibicarakan, tetapi kita menghabiskan tenaga kita larut dalam hal yang seperti tadi.

4)  tradisi serius. Firman Allah :

“Belum datangkah waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) dan janganlah mereka seperti orang-orang sebelumnya telah diturunkan kitab kepada mereka, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang fasik.”(al-Hadid : 16)

Ayat di atas merupakan teguran kepada orang-orang Islam yang baru empat tahun masuk Islam. Ayat ini turun pada masa keempat kenabian, oleh itu ia termasuk yang turun di fasa Mekah. Tujuannya menegur para sahabat yang masih terlalu suka bergurau senda, sebab dakwah Islam itu serius. Adanya kesungguhan itu, barulah kita dapat menyatukan kekuatan positif dalam diri kita dan memfokuskannya pada tujuan, atau pada sasaran yang ingin kita capai.

5)  taubat yang berkala. Ianya seperti muhasabah, tetapi secar berkala, secara rutin. Sebenarnya inti dari muhasabah ada taubat berkala.
Ali bin Abi Talib menganjurkan supaya setiap minggu kita menulis kebaikan-kebaikan yang sudah kita lakukan dan juga menulis kejahatan-kejahatan yang kita lakukan, supaya kita membuat perbandingan antara keduanya, kemudian memperbaharui taubat.
Itu semua adalah instrumen-intrumen yang akan membantu setiap individu untuk menumbuhkan jati dirinya, atau konsep dirinya.

Thursday, January 21, 2010

Ujian hidup

0 comments



Kehidupan kita secara beransur-ansur akan berubah. Masuk ke alam kerjaya. Ada keluarga dan anak-anak. Kenalan semakin meluas dan pelbagai ragamnya.Keperluan kewangan semakin meningkat. Tanggungjawab semakin berat. Semua pihak mula menuntut sesuatu dari kita; dari ibu bapa,anak-anak, suami atau isteri, majikan, , rakan-rakan, kenalan dan sebagainya. Usia pula semakin menua, sekali gus menjadikan jasad tidak selincah dulu.

Ujian dan Tekanan Sunnah Kehidupan 


Hari-hari yang dilalui diharapkan semakin mudah, tetapi rupa-rupanya ia tidak berlaku sedemikian. Sebaliknya kita semakin susah. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan ini yang menguji dan menambah tekanan.

Sebelum ini kita mungkin tertekan dengan study dan exam. Rupa-rupanya alam kerjaya tanpa study dan exam jauh lebih berat dan lebih mencabar.

Sebelum ini kita mungkin tertekan kerana hidup seorang diri tanpa pasangan hidup. Rupa-rupanya alam rumahtangga menyelesaikan sebahagian masalah tetapi mengundang masalah lain yang lebih besar.
Semasa bergaji kecil, kita berasa tertekan lalu berusaha untuk mendapatkan pendapatan yang lebih besar. Dapat pendapatan besar, lain pula bentuk tekanannya.

Inilah hakikat kehidupan. Kehidupan di dunia adalah ujian dan tekanan. Inilah kenyataan yang perlu diterima sebaiknya.
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya).” (Al-Balad: 4)

Al-Hasan menafsirkan kesulitan dan kesukaran itu: “Kerana manusia akan menghadapi musibah di dunia dan kesulitan di akhirat.”

Hadapi dan Tinggikan Martabatmu di Sisi Allah

Kita berada di alamNya. Kepatuhan kepada Allah bererti kita mesti menerima peraturanNya.
“Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat).” (Al-Mulk: 2)

Imam al-Mawardi menafsirkan ‘siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya’ sebagai ‘siapakah di kalangan kamu yang lebih redha terhadap ketentuan Allah dan lebih sabar terhadap ujianNya’.

Jangan sesekali menyalahkan takdir. Allah Maha Adil untuk menzalimi manusia.
“dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.” (Fussilat: 46)

Yakinlah bahawa segala yang berlaku adalah dengan takdir Allah. Allah mengkehendaki berlakunya kepayahan dan kesusahan di dalam hidup. Semua itu untuk mengangkat martabat manusia. Lebih tabah kita menghadapinya, lebih tinggi martabat kita di sisi Allah.

Kehidupan generasi awal membuktikan hakikat ini. Mereka diuji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan.
Saidina Osman r.a. diuji dengan kematian satu demi satu isterinya (kedua-duanya adalah anak Rasulullah s.a.w.). Rasulullah s.a.w. memujuknya ketika beliau berada di kemuncak kesedihan pulang dari majlis pengkebumian: “Jika aku mempunyai yang ketiga (anak perempuan lain yang masih belum berkahwin) akan ku kahwini denganmu.” Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak ada lagi anak perempuan lain dan Saidina Osman r.a. tabah menerima hakikat itu.

Saidina Omar r.a. diuji dengan kemarau dan wabak penyakit yang menimpa negara Islam selama bertahun-tahun. Kulit Saidina Omar r.a. yang asalnya berwarna putih kemerah-merahan bertukar gelap disebabkan kekurangan makan dan minum. Umat Islam ketika itu menangisi keadaan dan kesulitan yang dihadapi oleh Khalifah mereka tetapi Saidina Omar r.a. terus bertekad untuk menjadi manusia yang paling sedikit makan dan minum di kalangan umat Islam sepanjang krisis ini berlaku.

Kenapakah manusia yang berjasa kepada umat Islam juga diuji dengan ujian hidup? Kerana kecintaan Allah kepada mereka. Mereka menghadapi semua itu dengan tabah lalu Allah mengangkat martabat mereka di sisiNya. Kemudian mereka diuji lagi dengan ujian yang lebih besar, mereka menghadapinya dan martabat mereka akan semakin tinggi. Demikian pusingan kehidupan.

Begitulah Kita

Hadapilah ujian hari ini dengan tabah. Bersedialah untuk ujian seterusnya yang lebih besar. Jadilah orang yang kuat untuk menghabiskan baki kehidupan. Moga Allah menempatkan kita di kedudukan yang tinggi di akhirat kelak.


Wednesday, January 20, 2010

Jangan Begitu...!! Marilah Amar Ma'ruf Nahi Mungkar

0 comments
Sabda Rasulullah  SAW

"Ketika terjadi kemaksiatan di kalangan Bani israel, dicegah ulama'2 mereka dan tidak berhenti. Mendadak ulama itu juga ikut serta dalam majlis mereka, makan minum, Maka Allah menutup hati mereka , dan mengutuk mereka di atas lidah Nabi Daud dan Isa maryam kerana maksiat dan pelanggaran mereka yang melampaui batas. Tadinya rasulullah bersandar kemudian duduk tegak dan berkata : Tidak, demi Allah yg jiwaku ditanganNya, kamu harus membelokkan mereka dan menghentikannya pada hak belaka. "
(Abu Daud & Tirmizi )

Tuesday, January 12, 2010

0 comments
Secebis Ingatan Sempena ‘Imtihan’

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh,

Musim peperiksaan berkunjung lagi menyapa yang terjaga menantinya, juga yang terlena terleka. Semoga kita semua dirahmati Allah dan dipermudahkanNya menghadapinya penuh persediaan, penuh pergantungan kepada Allah, Tuhan penentu segala urusan.

Pengharapan kita kepada Allah menuntut kita menabur usaha sedaya mungkin beserta tawakkal sepenuhnya seperti firmanNya dalam Surah Al-Insyirah,
وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
“Dan kepada Tuhanmu maka kau letakkan pengharapan.”

Sehingga mereka yang menginginkan kecemerlangan sanggup mengekang mata di waktu malam mengulang kaji pelajaran sedangkan orang lain tidur lena. Berpenat lelah demi meraih apa yang dicita-citakan kerana mengingatkan pesan Baginda,
إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه,
 “Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu beramal ia menekuni amalanya itu.”

Bersama itu, semoga insyaAllah kita harapkan pergantungan kita kepada yang Maha Penentu tidak pernah putus kerana Dia lah yang kita sembah dan kita pohon segala sesuatu seperti firmanNya dalam Surah Al-Fatihah,  
“إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ”, yang kita gemakan setiap hari di hadapanNya.

Penyerahan kita kepada Allah adalah meyakini Dia lah sebaik-baik yang merancang dan ketetapanNya pasti yang terbaik untuk diri kita.

وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ فَقَدَّرَهُ تَقْدِيرًا

“…dan Dia telah menciptakan segala sesuatu dan menentukannya dengan ketentuan yang sempurna.” (Surah Al-Furqan: 2)
Ibnu ‘Ataillah pernah berpesan,

سوابق الهمم لا تخرق اسوار الاقدار

“Himmah yang menggebu tidak dapat menerobos takdir (yang telah ditentukanNya)”
Lantas mengingatkan supaya menanam iman yang tinggi dan bermujahadah berterusan, bukan sebaliknya dilamun angan-angan yang menipu dan mengundang bisikan Syaitan yang melekakan.

Menjadi cita-cita setiap daripada kita untuk beroleh yang terbaik dalam mendaki menara gading, berjaya memperoleh segulung ijazah yang membanggakan ibubapa yang tersayang. Tiada siapa yang mahu gagal, tiada siapa yang mahu terkandas. Itulah harapan agung setiap daripada kita.

Namun begitu, pastinya apa yang akan berlaku adalah tertakluk kepada iradah Ilahi mengatasi segalanya. Dia lah yang telah menetapkan perancangan sejak azali lagi. Maka sewajarnya kita membulatkan keimanan kita kepada apa jua ketetapanNya. Boleh jadi indah, boleh jadi menghampakan, tetapi segalanya pasti terbaik untuk diri kita. Apa yang lebih penting adalah berusaha sebaik mungkin dan berserah…kemudiannya bersyukur dan bersabar atas ketentuanNya.
Sekali lagi Ibnu Ataillah meninggalkan pesan,

يكفى من الجزاء لك على العمل ان كان له قابلا

“Cukuplah untuk anda sebagai balasan Allah atas amalan itu , jika Allah menerimanya”
Sesungguhnya kamu tidak akan disoal mengenai iradah Allah, tetapi hanya amalan dan usaha kamu yang akan berada di atas timbangan nanti. Kita juga sentiasa berdoa kepadaNya agar dianugerahkan kejayaan di dunia dan terutamanya di akhirat.
Ikhwah yang disayangi, Akhawat yang dihormati,

ارادتك التجريد مع اقامة الله اياك فى الاسباب من الشهوة الخفية

“Keinginan untuk tajrid, padahal Allah menempatkan kamu pada asbab (sebab musabab) adalah termasuk dalam syahwat yang tersembunyi”
Begitulah peringatan yang cukup bermakna Ibnu Ataillah. Syeikh Said Hawa mengulas:
“Seseorang yang meletakkan meletakkan kakinya di jalan menuju kepada Allah azza wajalla, pada kebiasaannya akan timbul pada dirinya sendiri sejenis keinginan iaitu keinginan untuk meninggalkan sebab musabab atau meninggalkan amalan duniawi yang sedang diceburinya.”
Berhati-hati dengan sang nafsu memperdaya kita untuk berlengah dan mengabaikan tanggung jawab berusaha. Niat yang ikhlas tidak akan membunuh akal untuk berfikir dan tubuh untuk berusaha. Sedangkan angan-anganlah yang membuat kita bermalasan.

Sedarilah posisi kamu, dan beramallah berdasarkannya…

Gelaran dai dan khalifah menuntut satu tanggungjawab yang besar. Dai adalah manusia biasa yang memerlukan kekuatan sepuluh kali ganda manusia di luar sana. Tanggung jawab kepada diri, keluarga dan masyarakat, juga tanggung jawab belajar dan berkerjaya memerlukan pengendalian masa dan tenaga yang seimbang dan pertimbangan yang matang.

Kehilangan dai atas sebab kurangnya memahami prioriti, atau kelalaian dalam tarbiyyah membantutkan jalan yang penuh tribulasi. Amal jamai dalam memperdanakan arus dakwah senantiasa memahami kerumitan berhadapan konflik ini dalam memastikan para dai terus tsabat. Dakwah bukan terbatas memikirkan keperluan rijal-rijalnya pada hari ini, tetapi juga melihat jauh rencana masa depan untuk medan-medan dakwah selepas belajar.

Keimanan kita kepada marhalah dakwah mengajar kita prioriti dalam tarbiyyah diri. Oleh itu, para dai perlu memahami kelalaian dalam tarbiyah juga mengambil berat kelalaian dalam tanggung jawab sebagai pelajar. Tidak wajar apabila salah satunya menjadi fitnah kepada yang lain.
Uzlah yang seketika ini perlu digunakan untuk membuktikan dakwah ini mampu melahirkan dai yang cemerlang. Kita bermohon agar tidak dilunturkan nikmat Iman dan tarbiyyah sepanjang kerisauan melangkah ke alam seterusnya dalam kerjaya.

Ingatlah, jaulah kita masih jauh destinasinya. Langkah hari ini adalah muntalaq, berbekallah dengan sebaik mungkin. Semoga kita menjadi modal kejayaan ummah apabila kita beroleh kecemerlangan.
“Andainya generasi hari ini merupakan aset bekalan kepada tuan, maka generasi akan datang adalah merupakan hasil semaian tuan” (Imam As-Syahid Hasan Al-Banna)

Kepada Allah kita pohonkan agar merahmati para rijal yang berjuang saban hari memikirkan masalah umat akhir zaman, membuka hati-hati manusia agar berlindung di bawah naungan Ilahi bagi menempatkan kita sebagai keluarga besar di Syurga.

Selamat menghadapi musim peperiksaan nanti. Bitaufiq wa Najah.
 

Al-muqarrabeen Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template