1. Penyakit Nafsu
§ Perasaan tamak yang berlebihan
- membuat diri tak suka berkorban (harta, masa, tenaga dan jiwa)- menjadi hamba nafsu kerana mengejar dunia yang tidak kesampaian
- cara ubati: taqwa kepada Allah, banyakkan memberi dan biasaka ia menjadi adat
§ Kemahuan nafsu yg tidak terkawal
- mematuhi ajakan dan kecenderungan nafsu (wanita, anak2, harta, pangkat dan lain-lain)- keinginan nafsu akan kuasai tuannya sehingga bertuhankan kepadanya
- cara ubati: tingkatkan iman, bayang kebesaran Allah (rasa kerdil di sisiNya)
§ Merasakan fikirannya serba betul
- rasa ujub dengan fikiran sendiri adalah bahaya dan halang kebenaran- yang batil dikatakan benar, juga sebaliknya
- cara ubati: segera kembali kepada al-Quran dan Sunnah bila ada perselisihan.
2. Penyakit Hati
§ Hati berkarat & hati tersumbat
- hati akan terkena penyakit ini bila tidak zikir dan sebut Allah- hati berkarat dan tersumbat akan jadi keras dan tegang dan akibatnya tidak rasa ingin ke majlis ilmu tetapi suka ke majlis hiburan dan nafsu
- cara ubati: tambahkan zikir dan qiam, dampingi orang soleh dan alim dan jauhi orang jahat dan fasiq
§ Mengutamakan hal dunia
- dunia jika di tangan da’ie akan diguna untuk mentaati Allah dan beribadat kepadaNya- dunia jika di hati da’ie akan jadi penyakit merbahaya yakni gugur di medan dakwah, kejar harta dan pangkat dan kejayaan jerat musuh-musuh Islam
- cara ubati: kembalikan segala kelebihan kepada Allah sebagai ujianNya, ingati hari kehancuran dunia (kiamat) dan rasakan semua nikmat dunia akan hilang
§ Melupakan hari akhirat
- penyakit dunia akan mengeluarkan unsur akhirat dari jiwa da’ie- jadi lupa pada akhirat kerana terlalu sibuk dengan urusan dunia hingga mengurangkan urusan dakwah
- semakin kurang dakwah, semakin kurang insafi diri, munajat pada Allah dan ingati akhirat
- cara ubati: banyak mengingati Allah dan akhirat, menjadikan hati jadi harmonis dan seimbang dalam tentukan corak hidup yang aktif dalam semua urusan dunia & akhirat
3. Penyakit Akal
§ Tidak ada perancangan
- hanya bertawakal tanpa sebarang perancangan dakwah- kekuatan tidak lahir tanpa perancangan dan persiapan jihad
- tanpa kekuatan akan mudah ditunduk oleh musuh yang bergerak serba terancang dan menyerang
- gandingan jihad ialah thabat, taati Allah dan Rasul, tiada perselisihan, sabar dan siap persenjataan
- cara ubati: sedar dari kealpaan dan faham tabiat dakwah, musuh, sunatullah dan lain-lain
§ Beranggapan baik dengan musuh
- letak musuh sebagai orang berbudi dan baik sedangkan ada tanda kemunafikan dan kekufuran- cara ubati: sedar dari kelalaian kita, faham agama, sirah, lalui jalanNya, anggap baik saudara kita dan anggap buruk terhadap musuh kita
§ Kebodohan
- lakukan kesalahan berulang, tidak ambil guna pengalaman orang lain- berbaik dengan musuh dan serahkan leher kepada mereka
- cara berdakwah yang tidak betul membuatkan musuh mahu menyerang
- cara ubati: faham dan kenali diri dan berundur dahulu selangkah, dorong orang lain yang lebih tahu untuk pandu agar terhindar dari bahaya.
0 comments:
Post a Comment